10 Cara Buat Sandwich Yang Sedap & Sempurna
Cara buat sandwich secara kasarnya nampak seperti ringkas sahaja. Tapi ia bukanlah seperti yang disangka. Mungkin anda letak inti terlalu sedikit atau terlalu banyak, terlalu lembab atau terlalu kering, terlalu rapuh dan sebagainya. Cara buat sandwich yang sempurna adalah satu seni yang sesetengah chef pun merasakan ia satu cabaran untuk mereka. Dalam hal lain pula, seorang surirumah pula sentiasa perlu mengejar masa dalam menyediakan sandwich.
Oleh itu, macam mana cara buat sandwich yang sempurna dalam masa yang terhad? Sudah tentu kita semua tahu beberapa petua yang asas tetapi mari kita belajar lagi 10 cara untuk menyediakan sandwich yang sedap lagi sempurna.
1.Kepentingan sapuan
Ya anda boleh buat sandwich dengan hanya letak kepingan daging di antara 2 roti. Tetapi adalah ia sedap? Mungkin tidak. Sentiasa kreatif dengan sapuan yang digunakan. Mentega dan mayonis adalah sapuan biasa tetapi jika anda berfikir di luar kotak, anda boleh tampil dengan idea lain. Bagaimana dengan avocado masak yang telah dikisar? Atau hummus, salsa atau sos BBQ? Dan buatlah sapuan itu sampai ke pinggir roti untuk membantu inti supaya tak senang untuk terkeluar. Dengan pelbagai bahan-bahan sihat yang digunakan, ia amat sesuai untuk diamalkan untuk anda yang sedang berdiet.
2.Mulakan dengan pilihan roti yang baik
Apabila buat sandwich, mula dengan memikirkan apa inti terbaik untuk dipadankan dengan roti yang dipilih. Roti harus menjadi watak utama dalam keadaan ini. Mungkin boleh gunakan roti gandum serat penuh yang kental yang sedap walau dimakan begitu sahaja.
3.Kekal segar
Anda boleh buat sandwich untuk keluarga anda pada malam sebelumnya dan bungkus mereka dengan plastic saran dan letakkan di dalam peti sejuk. Dan apabila makan, sudah pasti intinya sudah mula basah. Tetapi jika buat sandwich pada keesokan harinya, atau betul-betul sebelum ia dihidangkan pasti ia dalam keadaan segar dan sedap di makan. Sama seperti cara anda membuat sup, anda perlu pilih bahan sayur-sayuran yang segar.
4.Elakkan bahan inti yang mudah basah
Salad dan tomato dalam sandwich adalah bahan kegemaran semua dalam sandwich. Tetapi bahan-bahan itu akan membuat sandwich menjadi basah. Fikirkan bahan-bahan inti lain yang akan memberikan rasa yang hebat dan bertekstur tetapi tanpa kelembapan itu. Potong avocado, cili benggala, timun dan kubis semua memberikan rasa yang hebat kepada sandwich tersebut.
5.Kekalkan sandwich simple
Dengan sekali gigit, anda sepatutnya dapat semua bahan ke dalam mulut anda dalam satu gigitan, jika tidak, anda juga boleh menikmati sandwich dengan pisau dan garpu. Letakkan matlamat untuk gunakan 4 atau 5 bahan-bahan yang berkualiti baik dalam sandwich anda.
6.Capai keseimbangan
Sekiranya roti itu biasa-biasa sahaja, pergi untuk pilihan yang lebih berani untuk pilihan protein dan keju. Sekiranya anda mempunyai roti yang enak, berhati-hati dengan bahan yang pedas dan rasa yang kuat seperti mustard, jalapenos dan buah zaitun. Bahan-bahan ini boleh mengambil alih rasa keseluruhan sandwich.
7.Jangan lupa perisa
Garam dan lada dan beberapa rempah ringan bukan hanya untuk masakan atas dapur. Ia hebat untuk dijadikan inti sandwich juga.
8.Pisau Adalah Penting
Buat apa buat sandwich yang hebat dan kemudian “membunuhnya” dengan pisau yang salah. Ambil pisau yang tajam dan potong menggunakan gerakan menggergaji dan biarkan pisau melakukan kerjanya.
9.Kerangupan yang tak dapat digambarkan
Tiada apa-apa yang standing seperti sandwich dengan inti yang rangup. Jadikan tabiat untuk membasuh dan menyimpan sayur-sayuran di dalam peti sejuk sebelum buat sandwich, menggunakan salad tambahan yang segar dan lobak merah yang dicincang dan sayuran segar yang lain untuk campuran.
10.Lapiskan inti dengan baik
Kita semua mempunyai cara tersendiri untuk buat sandwich, tetapi jika anda meletakkan daging dan keju di bahagian bawah, ia membantu untuk memerangi kebasahan melampau. Tambah sayur-sayuran berair seperti tomato dihiris di tengah dan kemudian tambah sayuran yang rangup di lapisan atas.
Untuk anda yang berminat untuk memulakan bisnes sandwich dari rumah boleh klik >> Rahsia Bisnes 4 Angka Sebulan Dengan Sandwich
Sebelum itu anda perlu tahu cara-cara untuk mula berniaga makanan dari rumah.