10 Cara Buat Sup Yang Betul dan Enak
Proses membuat sup dengan cara yang betul mampu buat anda gembira sama seperti semasa anda memakannya. Dan ketika sup mereneh di dalam periuk di atas dapur adalah satu bahagian membuat yang paling mengujakan. Masakan yang amat sesuai untuk wanita bekerjaya yang ingin masak dengan cepat dengan hasil yang menyelerakan. Berikut adalah 10 tips mudah cara buat sup untuk membuatkan sup anda rasa lebih hebat.
1. Masak 2x ganda lebih banyak
Buat sup adalah mudah jika dimasak dalam kuantiti yang besar, dan merupakan salah satu hidangan yang paling sesuai untuk dibekukan. Oleh itu, gandakan 2 kali bahan-bahan, guna periuk yang lebih besar dan buat 2 kali saiz hidangan.
2. Tumis sayuran sebaiknya
Cara buat sup yang baik adalah dengan dengan membina rasa sup itu sedikit demi sedikit. Sayur-sayuran seperti bawang merah, bawang putih, daun saderi dan lobak merah adalah sayuran penuh aroma. Ia adalah antara bahan yang wajib dalam semua resepi sup. Oleh itu tumis sayuran ini dahulu dengan minyak atau mentega sebagai langkah pertama untuk membina rasa yang kuat. Sama seperti masak kari, anda perlu tumis rempah sebaik-baiknya. Pastikan mereka dimasak cukup lama untuk dilembutkan dan rasa itu dapat diresap ke dalam sup selepas itu.
3. Pertimbangkan waktu setiap ramuan mengambil masa untuk masak
Kentang akan memasak lebih lambat daripada sayur sawi. Masukkan bahan yang lambat masak dahulu dan masukan bahan yang masak dengan cepat di penghujung sebelum menutup api dapur.
4. Potong bahan-bahan mengikut saiz sudu
Apabila memotong sayur-sayuran, fikirkan bila anda makan sup menggunakan sudu.Sayuran hijau seperti bayam dan sawi juga perlu dicincang, atau ia akan sukar untuk dimakan.
5. Berhati-hati dalam meletak garam
Anda hanya akan tahu berapa banyak garam perlu diletakkan mengikut bahan-bahan yang anda letak dalam sup. Selalunya anda tak perlu letak garam dengan banyak kerana banyak jenis stok mempunyai natrium yang tinggi, seperti tomato dalam tin atau kiub stok. Oleh sebab itu, letakkan garam hanya pada peringkat akhir. Rasa dahulu dan laraskan dengan lada sulah atau gula jika perlu. Dengan makanan yang kurang garam, ia amat sesuai untuk di amalkan jika anda sedang berdiet.
6. Renih renih dan renih
Bila sup sudah mendidih, perlahankan api dan turunkan kepada suhu merenih untuk satu masa yang lama. Merebus bahan-bahan terlalu lama membuatkan sayur-sayuran akan menjadi lembik, daging akan menjadi keras, dan mee akan jadi lembik dan terputus.
7. Sejukkan atau bekukan sup
Biarkan sup panas sejuk pada suhu bilik, selama 1 setengah jam atau sehingga hampir pada suhu bilik. Tutup dan simpan dalam peti sejuk. Sup boleh bertahan di dalam peti sejuk selama tiga hari.
Jika mahu simpan lebih lama, bekukan sup selepas ia telah disejukkan semalaman di dalam peti sejuk. Sup akan bertahan sehingga dua bulan di dalam peti sejuk beku.
8. Tambahkan mee
Menambah mee kegemaran seperti spageti, ramen, bihun atau mee kuning, adalah cara yang baik untuk membuat sup dengan tambahan sayur-sayuran menjadi satu hidangan yang lengkap. Mee adalah hidangan kegemaran semua dari kanak-kanak sehinggalah ke orang dewasa.
9. Letakkan bahan hiasan
Menambah bahan hiasan seperti daun saderi atau daun basil akan memberikan sup anda rasa yang menarik dan kaya dengan perasa. Ia benar-benar membantu memberi rasa yang segar ke dalam pembuatan sup.
10. Dapatkan bekas yang sesuai
Anda telah buat sup yang sempurna, tetapi tiada bekas yang sesuai untuk mengisinya? Ramai orang lupa bahawa anda memerlukan thermos jika ingin jadikan sup sebagai bekal. Memiliki bekas makanan yang betul seperti thermos sama pentingnya dengan memastikan sup anda sedap.