10 Tips Memasak Untuk Wanita Bekerjaya
Memasak makan malam untuk seorang wanita bekerjaya bukanlah satu perkara yang mudah, ia amat bertentangan dengan apa yang ditonjolkan di kaca tv. Wanita bekerjaya juga selalu bermasalah dalam mengemas rumah dengan cara yang sistematik. Sebelum anda mengalah pada aplikasi penghantaran makanan atau makanan segera, anda bole lihat petua ini untuk masak makan malam yang sihat dengan cepat.
1. Buat senarai resipi mengikut hari
Klip dan print resipi dan letakkan dalam fail. Jika anda tidak melakukan ini, kemungkinan anda tidak akan ingat di mana anda terlihat resipi ayam yang lazat dan sayur yang sedap dan nampak menarik tempohari.
2. Cuba bahan-bahan baru untuk keluar dari rutin menggunakan bahan dan cara memasak yang sama.
Cuba ikan salmon daripada ikan tenggiri. Cuba panggang brokolli selain daripada menggorengnya. Cuba resepi kuzi selain daripadan kari. Cuba buat nasi butter sekali skala jika selalu makan nasi putih sahaja.
3. Simpan stok di pantri & peti sejuk anda dengan baik.
Simpan pelbagai pasta dan mi, sambal, kekacang, stok ayam, santan, rempah ratus dan sebagainya. Dengan bahan-bahan yang cukup, membantu anda mempercepatkan waktu memasak dengan bantuan perencah sampingan untuk bahan utama anda.
4. Luangkan masa selama 30 minit untuk penyediaan awal memasak pada hujung minggu.
Ia tidaklah memakan masa yang lama jika nak dibandingkan kelebihan yang anda akan dapat iaitu makan makanan yang lebih sihat dan rasa yang lebih sedap. Kisar bahan-bahan menumis dan simpan dalam beg ziplock/ bekas. Potong sayur-sayuran terlebih dahulu untuk digoreng. Idea asal nya adalah untuk memendekkan waktu memasak selepas pulang dari kerja.
5. Mempergunakan “slow cooker” dengan sebaik-baiknya.
Slow cooker seperti rakan akrab untuk wanita bekerjaya macam anda yang ingin memasak dengan cepat.Bukan sekadar mengempukkan daging tetapi banyak makanan lain yang boleh dimanfaatkan daripada pemanasan yang panjang dan perlahan semasa anda sedang bekerja. Cubalah masak masakan berkuah seperti sup, stew dan masak kari. Anda boleh cari pelbagai resepi “slow cooker” di internet.
6. Sesetengah produk “instant” adalah amat berbaloi untuk dibeli.
Tidak semestinya semua masakan perlu dibuat dari A to Z untuk menghasilkan makanan yang sihat. Sambal dan sos dalam botol sekarang banyak dihasilkan oleh peniaga tempatan yang disediakan tanpa bahan tiruan dan pengawet. Anda juga boleh beli ayam panggang, tomato dalam tin dan rencah masakan terlebih dahulu. Dapatkan 7 Panduan Dalam Menyediakan Masakan Simple di sini.
7. Sentiasa sediakan menu dalam keadaan kecemasan.
Ia pasti berlaku sekali-sekala: sebagai wanita bekerjaya, anda akan terperangkap dengan kerja dan tanpa sedar jam dah mencecah pukul 8. Daripada anda menyerah kalah untuk order melalui aplikasi penghantaran makanan, sediakan menu khas dalam situasi kecemasan seperti ini. Sebagai contoh anda boleh buat sayur stim, dan sup ayam untuk makan dengan nasi putih.
8. Jangan terlalu ghairah berbelanja barang dapur.
Walaupun membeli secara pukal boleh menjimatkan wang anda, ia hanya kos efektif jika keluarga anda benar-benar menggunakan semua yang anda beli. Elakkan membuang-buang makanan (dan wang) dengan berlanja untuk bahan makanan hanya seminggu sekali.
9. Sentiasa bertukar perapan/sos.
Sering menukar perapan/sos anda untuk membuat rasa ayam atau daging panggang yang anda masak rasa segar dan menarik.
10. Tetapkan beberapa peraturan memasak di rumah.
Pastikan masakan anda berkhasiat dengan mengikuti beberapa garis panduan yang fleksibel. Sebagai wanita bekerjaya jangan jadikan tiada masa untuk menyediakan makanan berkhasiat sebagai alasan. Sebagai contoh, setiap hidangan mempunyai 1 jenis protein dan 2 hingga 3 sayur-sayuran, bersama 1 karbohidrat pada kuantiti kecil. Anda tetapkan sendiri mengikut selera keluarga masing-masing.