5 Rahsia Masak Kari Yang Sedap dan Terangkat
Siapa dapat menahan diri daripada makan masak kari yang sedap? Lebih-lebih lagi bila ia dibuat sendiri di rumah sepertimana mak kita masak ketika kita waktu kecil. Ia jauh lebih murah, lebih sihat dan lebih enak daripada masakan kari yang didapati di kedai-kedai makan. Pasti anda pun merasa perkara yang sama juga kan?
Walaupun sesetengah daripada kita mungkin tak dapat menahan diri untuk membeli sahaja rempah dari kedai, memasak kari yang sempurna dengan rempah buatan sendiri lebih mudah daripada apa yang anda sangkakan. Dengan beberapa tips ringkas, anda boleh menyiapkan masakan kari yang memuaskan. Untuk memastikan masakan kari anda terangkat, hanya ikuti 5 rahsia ini untuk masak kari yang enak :
1.Rempah yang “wow”
Apabila memasak kari, amat penting bila rempah-rempah yang anda gunakan segar. Rempah-rempah yang lama tidak akan memberi impak pada masakan kari anda. Oleh itu anda boleh ketepikan garam masala dan rempah “3 sekawan” yang anda simpan dalam almari dapur selama berbulan-bulan. Untuk hasil yang terbaik untuk masak kari anda, dicadangkan untuk anda mengisar rempah sendiri dalam jumlah yang agak kecil dan menyimpannya dalam bekas kedap udara untuk digunakan dalam beberapa hari atau minggu. Untuk menjimatkan masa, gunakan pengisar elektrik untuk mengisar dan siap dalam masa beberapa saat sahaja.
2.Pedas itu “Best”
Agak sukar untuk mendapatkan keseimbangan dalam menentukan tahap kepedasan yang betul apabila amda masak kari. Ini kerana kepedasan setiap jenis cili berbeza-beza antara satu sama lain. Untuk mengelakkan kepedasan melampau yang tidak diingini, anda disyorkan mencuba memasukkan sejumlah kecil cili mentah dahulu untuk mendapatkan kuantiti yang tepat pada akhirnya nanti. Kepedasan cili segar juga boleh berkurangan semasa proses memasak kari. Oleh itu jika anda ingin kari yang kurang pedas, tambahkan cili lebih awal, atau letakkannya kemudian jika anda nak rasa yang pedas meletup.
3.Jangan takut-takut
Satu lagi tip utama untuk memasak kari yang hebat adalah untuk memastikan bahawa anda tidak kedekut dalam menggunakan minyak ketika menumis (atau minyak sapi , jika anda ingin mendapat hasil rasa yang lebih asli). Rempah-rempah juga mesti digoreng dengan secukupnya untuk menghalang masakan kari terasa terlalu mentah dan berketul-ketul, tetapi berhati-hati jangan sampai hangit. Jika campuran rempah anda kelihatan kering, tambahkan lebih banyak minyak atau sedikit air – pastikan anda hanya menambah setitik pada satu masa kerana anda mahu rempah anda digoreng dan bukan direbus. Anggaran untuk rempah masak adalah sekitar 40 saat sehingga dua minit jika anda menambah air.
4.Kuah yang “Kaw”
Apabila masak kari di rumah, sukar untuk mencipta kuah yang pekat dan halus. Anda disarankan penggunaan tomato, santan atau dadih sebagai agen pemekat semulajadi untuk mencapai konsistensi yang sempurna. Menambah kacang tanah seperti badam atau kacang juga boleh menjadi cara terbaik untuk memastikan kari anda rasa berlemak.
5.Berikan masa
Memasak kari secara perlahan-lahan akan membezakan hasilnya pada pengakhiran nanti. Oleh kerana bawang adalah asas dalam masakan kari, menambahkan jumlah bawang yang tepat adalah sangat penting. Anda dicadangkan untuk memasak kari secara perlahan-lahan, sehingga kuahnya halus, kemudian menguatkan api untuk menaikkan warna kari itu. Lebih pekat warnanya, lebih sedap rasa kari itu akhirnya. Mengambil masa yang lebih ketika memasak kari itu membolehkan rasa kari itu terbentuk dengan lebih kuat dan terasa keasliannya.
Sesungguhnya kari adalah antara masakan yang simple untuk disediakan di rumah. Untuk memastikan hasilnya mengancam, anda hanya perlu buat sedikit perubahan seperti yang dijelaskan di atas.