6 Idea Bisnes Kecil Untuk Usahawan Wanita

Facebook
Twitter
WhatsApp

6 Idea Bisnes Kecil Untuk Usahawan Wanita

 

Jika anda ingin menjadi seorang usahawan, kunci kepada kejayaan anda adalah idea bisnes yang tepat. Walaupun anda memang mempunyai pekerjaan tetap namun dengan mempunya bisnes part time sendiri amat membantu anda untuk menambah pendapatan. Kami telah senaraikan banyak idea bisnes kecil untuk wanita seperti anda.  Untuk anda menukar profesion kepada seorang surirumah kerja dari rumah bukanlah satu perkara yang asing di masa kini. Anda boleh memilih salah satu yang anda rasa yang paling sesuai dan terbaik untuk anda.

Sudah tentu, ini adalah keputusan yang besar dalam perjalanan anda untuk menceburi bidang bisnes. Sedangkan usahawan yang sudah lama menceburi bisnes pun mengambil masa untuk memutuskan idea bisnes baru. Tetapi ia bukan sesuatu yang perlu anda bimbangkan. Cara yang terbaik untuk melalui proses pemilihan idea bisnes  ini adalah dengan bertanya soalan-soalan ini sebelum anda membuat keputusan:

  • Apa yang anda perlukan daripada menjalankan bisnes ini?
  • Apakah minat anda yang mendalam ?
  • Apakah kemahiran dan kelemahan anda?
  • Apa yang anda ingin pelajari?
  • Berapa banyak masa lapang yang anda ada?

Ini adalah 6 idea bisnes yang terbaik wanita :

1. Pereka Grafik

Setiap syarikat memerlukan pereka grafik. Oleh itu menjadi seorang pereka grafik mempunyai peluang yang luas. Paling best adalah, walaupun anda tidak bekerja di bawah seseorang, anda boleh menjadi pereka grafik bebas.

Anda perlu menyediakan portfolio dan perlu buat orang kenal anda sebagai pereka grafik yang bagus untuk mendapat peluang projek-projek yang besar. Bisnes kecil ini memerlukan minda yang kreatif dan merupakan salah satu idea bisnes utama untuk ibu dan beroperasi dari rumah sahaja.

 

2. Fotografi

Adakah anda suka fotografi? Mungkin, anda seorang jurugambar untuk keluarga sahaja tetapi anda tidak menganggap fotografi sebagai sumber pendapatan betul? Jika anda ada bakat dalam seni fotografi, percayalah, ini adalah sesuatu yang boleh mendatangkan pendapatan.

Anda boleh bermula dengan hanya membeli kamera dan aksesori. Kami mengesyorkan anda Nikon D850 untuk imej yang berkualiti tinggi dan prestasi yang sangat baik.

 

Gunakan media sosial untuk war-warkan kepada orang tentang perkhidmatan fotografi anda. Buat halaman Facebook dan profil Instagram di mana anda memuat naik gambar berkualiti tinggi yang diambil oleh kamera anda.

 

Terdapat beberapa pilihan lain yang boleh anda pilih sebaik sahaja anda berada dalam bisnes fotografi. Sebagai contoh, anda boleh menawarkan perkhidmatan fotografi kepada ejen hartanah yang ingin gambar rumah di ambil untuk disenaraikan dalam laman web hartanah. Anda juga boleh boleh memuat naik imej anda ke laman web fotografi dalam talian dan dibayar. Sebagai contoh, Shutterstock.

 

 

3. Servis Bisnes Makanan

Salah satu idea bisnes yang paling sesuai untuk wanita adalah bisnes perkhidmatan makanan. Jika anda seorang wanita yang suka memasak, ia bukanlah sesuatu yang pelik untuk anda terfikir untuk menjadi usahawan yang ingin membina bisnes makanan anda sendiri.

 

Apa yang anda perlukan adalah ruang untuk memasak dan lakukan kerja-kerja pemasaran sendiri dan menghantar makanan sendiri  jika anda tidak merancang untuk mempunyai perkhidmatan penghantaran makanan. Anda boleh memasak apa sahaja yang mempunyai permintaan di kawasan anda. Antara trend terkini adalah :

  • Food truck & kiosk.
  • Mereka yang amat prihatin tentang pemakanan sihat mengutamakan makanan yang segar, rendah lemak dan kaya vitamin
  • Tempahan makanan untuk majlis-majlis.

Untuk anda yang berminat untuk mempelajari cara menyediakan sandwich dan menu-menu lain yang mudah dan laku keras di pasaran boleh layari laman web Dapur Bisnes. Ia bukan sahaja akan mengajar tentang resepi sahaja tetapi lebih dari 50 Strategi Marketing untuk bisnes makanan dari rumah. Dengan mengetahui cara buat sandwich yang betul anda mampu membuatkan pelanggan anda membuat tempahan dengan anda berulang kali.

 

4. Pemasaran Affliate

Ia adalah idea bisnes dari rumah yang berada di bawah kategori blogging. Ia sebenarnya adalah menjual produk lain dan mendapat komisen daripada itu.

 

Anda boleh melakukan blogging / vlogging dan menjana pendapatan sebagai pemasar affiliate. Jika anda mempunyai blog atau Saluran YouTube, anda boleh mengesyorkan beberapa produk kepada pengikut anda. Dan jika mereka membeli produk tersebut, penjual produk akan mendapat wang.

 

Tetapi penjualan hanya boleh berlaku bila anda buat promosi untuk mereka. Jadi manfaatnya kepada anda, pemilik produk akan memberi komisen kepada anda. Dan inilah cara anda mendapatkan jualan melalui pemasaran affliate. Tidak sukar jika anda seorang penulis yang baik atau YouTuber yang terkenal.

 

5. Pembuat Kek

Wanita mempunyai minat yang semulajadi terhadap masakan . Dan jika anda salah seorang daripada wanita itu, membuat kek adalah idea bisnes yang berpotensi untuk berjaya. Anda boleh berjaya dengan cemerlang dalam industri makanan jika anda telah membuat keputusan untuk menceburi bidang ini.

Permintaan untuk kek akan meningkat pada majlis-majlis khas, termasuk Hari Jadi, Hari Raya, dan keraikan di tempat kerja. Oleh itu, anda boleh jana pendapatan yang lumayan ketika waktu-waktu seperti itu.

Berita baiknya adalah permintaan untuk kek tidak terjejas mengikut musim dan oleh itu, ia dapat menjamin pendapatan tetap sepanjang tahun.

 

6. Pengurus Media Sosial dari rumah (FB, IG,TT)

Adakah anda ingin anda menguruskan akaun media sosial untuk bisnes orang lain untuk jana pendapatan untuk diri sendiri? Mungkin. anda boleh melakukannya secara part time hanya dari keselesaan di rumah anda.

Lebih banyak akaun media sosial klien yang anda uruskan, lebih banyak wang yang akan anda buat. Anda boleh membuat, duit secara purata, RM 100 hingga RM 1,000 sebulan.

 

 

[Mohon Share 🙂] Klik butang di bawah supaya kawan yang lain pun boleh baca artikel ini.

Facebook
Twitter
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *