7 Panduan Dalam Menyediakan Masakan Simple

Facebook
Twitter
WhatsApp

7 Panduan Dalam Menyediakan Masakan Simple

 

 

Menyediakan masakan simple tak semestinya ia berkaitan dengan mendapatkan jalan pintas dalam penyediaanya. Kadang-kadang ciri-ciri “kemewahan” yang ada di dalamnya adalah kunci masakan simple yang berjaya. Ia bukanlah tentang masak dengan cepat sahaja . Untuk surirumah yang bekerja dari rumah pun amat memerlukan panduan menyediakan masakan yang simple, berkhasiat untuk memudahkan kerja harian mereka. Kadang-kadang penyediaan yang teliti membuatkan masakan ringkas itu lebih menyelerakan.

 

Berikut adalah 7 panduan untuk masakan yang simple yang berjaya :

 

1. Rahsia di sebalik perasa

 

Ia bukan sesuatu yang rumit. Anda hanya perlu yakin dalam menentukan perasa yang anda ingin letak di dalam masakan simple yang anda sedang sediakan. Ayam panggang sudah cukup lazat  dengan garam, lada, dan kulit lemon. Terdapat juga beberapa teknik masakan ayam yang anda perlu tahu. Kekalkan masakan anda dengan idea yang penuh kesederhanaan dan tidak berlebih-lebihan. Anda juga boleh buat sup yang lazat dengan campuran perasa yang sesuai.

 

 

2. Biarkan pihak lain “setel”kan kerja anda

 

Manfaatkan bantuan yang kedai sediakan untuk anda. Beli daging yang siap dipotong mengikut cara anda masak. Beli ikan yang siap dipotong dan disiang. Beli sayur-sayuran yang sudah siap dipotong juga, untuk menjimatkan lebih banyak masa anda.

 

 

3. Gunakan bahan yang memudahkan kerja

 

Sentiasa simpan stock sos pasta atau pes masakan sambal, kari dan sebagainya. Doh pizza & doh pastry pun amat membantu masakan simple anda cepat siap.

 

 

4. Tabiat “Masak Sekali, Makan 2 kali”

 

Jika anda merancang untuk memanggang empat dada ayam, panggang lapan. Apabila menggoreng ikan, goreng untuk 2 kali makan. Bahagikan kepada 2 di mana anda boleh masak bahagian yang satu lagi dengan sos yang berlainan di kemudian hari.

 

5. “Prinsip Kuali Panas”

 

Masakan simple sering melibatkan menggoreng ikan atau daging dan sayur-sayuran. Kekalkan prinsip itu dan variasikan ia dengan tumisan dan perasa yang berlainan.

 

 

6. Menggunakan Ketuhar Gelombang Mikro/Air Fryer

 

Banyak yang anda boleh manfaatkan dengan peralatan ini. Masakan lebih mudah, cepat dan sihat dan paling penting tidak menyepahkan dapur anda. Selalu wanita bekerjaya memerlukan tips memasak yang mudah seperti ini.

 

 

7. Pelaburan dalam peralatan yang bagus

 

Beli pisau yang baik dan berkualiti. Anda dapat mempermudahkan persiapan apabila anda mempunyai pisau tajam. Masakan yang mudah, ia sering perlu dipotong menjadi kepingan atau potongan kecil yang cantik dan sekata.

 

 

 

[Mohon Share 🙂] Klik butang di bawah supaya kawan yang lain pun boleh baca artikel ini.

Facebook
Twitter
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *