7 Panduan Utama Untuk Surirumah Kerja Dari Rumah

Facebook
Twitter
WhatsApp

7 Panduan Utama Untuk Surirumah Kerja Dari Rumah

 

Pergi bekerja merupakan satu cara yang ramai wanita di luar sana lakukan untuk mencari pendapatan. Tetapi jika menjadi surimah yang kerja dari rumah bunyinya seperti satu idea yang baik untuk anda maka anda tidak bersendirian. Terdapat banyak idea bisnes kecil untuk usahawan wanita walaupun hanya dari rumah di kala ini. Kerana ramai wanita di luar sana memilih untuk menjadi surirumah yang kerja dari rumah di atas sebab-sebab kemudahan teknologi untuk memulakan bisnes online sekarang yang membolehkan mereka berbuat begitu. Jika anda sendiri terfikir untuk menjadi surirumah yang kerja dari rumah, sila baca di bawah dalam mempelajari cara terbaik untuk melayari kehidupan sebagai surirumah kerja dari rumah.

 

1. Buatkan jadual

 

 

Adalah penting untuk anda rancang hari anda dengan berhati-hati, dengan menetapkan waktu “pejabat” anda. Berapa jam yang anda rancangkan untuk bekerja pada setiap hari? Apa yang boleh anda lakukan semasa anak anda mewarna di bilik sebelah? Anda akan dapat habiskan lebih banyak kerja jika anda merancang dengan bijak. Salah satu faedah terbaik sebagai surirumah yang kerja dari rumah adalah fleksibel masa, terutama jika anda adalah bos anda sendiri. Sekiranya anak anda membuat karenah semasa waktu pejabat, anda boleh hentikan tugasan anda dan bawa anak pergi ke taman sebentar. Anda boleh sambung kembali bekerja kemudian apabila anak anda sudah berada dalam mood yang baik.

 

2. Mempergunakan masa tidur siang anak anda dengan sepenuhnya

 

 

Sama ada anak anda tidur selama satu atau tiga jam, gunakan masa ini untuk menyelesaikan tugasan yang memerlukan tumpuan anda. Cuba kekal focus dan jangan jadikan waktu tidur siang anak anda menjadi waktu surirumah kerja dari rumah untuk mencuci pinggan, membasuh baju dan sebagainya. Tumpukan perhatian hanya pada perkara yang tidak boleh anda lakukan apabila anak anda terjaga. Jika anda seorang yang bangun awal pagi, gunakan waktu yang singkat itu untuk melakukan kerja sebelum seluruh keluarga bangun. Anda suka berjaga malam, buat kerja di waktu malam.

 

3. Tetapkan sempadan

 

 

Jika anda tidak belajar untuk menjaga peranan anda sebagai ibu dan surimumah kerja dari rumah secara berasingan, anda tidak akan merasa seperti yang anda lakukan dengan baik untuk kedua-dua peranan tersebut. Untuk menyempadankan rumah mengikut tumpuan mental anda, wujudkan kawasan pejabat dalam rumah.

 

 

4. Dapatkan Bantuan

 

Anda mungkin berfikir bekerja di rumah bermakna anda tidak perlu pusat penjagaan anak-anak, tetapi anda akan mempunyai hari-hari yang anda akan memerlukan bantuan dan ia tidak mengapa.

Satu cara untuk mendapatkan penjagaan kanak-kanak pada harga yang berpatutan: Dapatkan beberapa surirumah kerja dari rumah yang lain dan dapatkan satu pengasuh untuk menjaga anak-anak anda pada masa yang sama.

 

 

 

 

 

5. Mempergunakan masa memandu dengan sebaiknya

 

 

Jadualkan panggilan apabila anda bila anda tahu anda akan berada di dalam kereta. Jika anda berniaga makanan dan memerlukan anda menghantar makanan kepada pelanggan, anda akan punya banyak masa memandu. Ia lebih baik daripada menggunakan waktu tidur anak yang berharga untuk membuat panggilan.

 

 

6. Siap siaga pada hari Ahad

 

Membeli-belah barangan runcit, perancangan makan dan menyediakan makanan untuk seminggu supaya anda akan bebas dari tekanan. Sediakan makan tengah hari pada waktu petang hari Ahad supaya saya tidak perlu menghabiskan masa tambahan di dapur selama seminggu.

 

7. Pasang penggera masa

 

Tetapkan waktu untuk setiap tugasan anda. Sebagai contoh 20 minit untuk kerja-kerja di media sosial dan 35 minit untuk e-mel, 65 minit untuk menulis / membuat video dan lain-lain. Ia adalah satu cara yang hebat untuk anda terus focus dalam hidup sebagi surirumah kerja dari rumah.

 

 

[Mohon Share 🙂] Klik butang di bawah supaya kawan yang lain pun boleh baca artikel ini.

Facebook
Twitter
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *