7 Tips Mengemas Rumah Untuk Dijadikan Tabiat Harian

Facebook
Twitter
WhatsApp

7 Tips Mengemas Rumah Untuk Dijadikan Tabiat Harian

 

Mengekalkan tabiat mengemas rumah setiap hari adakalanya menyusahkan tetapi ia tidak perlu mengambil masa yang lama. Selalunya untuk wanita yang bekerjaya juga mempunyai masalah dalam menyediakan masakan yang simple untuk menjimatkan masa. Mengemas rumah supaya sentiasa dalam keadaan bersih bukan melibatkan masa yang lama semata-mata. Ia lebih kepada mencipta tabiat yang bagus yang lama kelamaan akan menjadi ikutan anda setiap hari.

Ya, adakalanya anda akan terasa kelam-kabut dalam mengemas rumah. Tetapi dengan cuba mengikuti 7 tips mengemas rumah ini, keadaan menjadi lebih bersih dan kemas. Semakin banyak anda mengamalkannya, semakin mudah untuk anda megikutinya! Jika mana-mana dalam senarai tips mengemas rumah ini kelihatan agak sukar untuk dimulakan, pilih satu atau dua tips dahulu dan kemudian tambah lebih banyak tips lagi bila anda sudah terbiasa.

 

1. Kemas Katil

 

 

Mungkin bagi sesetengah orang berfikir bahawa mengemas katil adalah satu pembaziran masa, tetapi ia benar-benar memberi perbezaan besar dalam memperlihatkan kebersihan bilik secara keseluruhan dan hanya mengambil masa beberapa minit. Ia satu permulaan hari anda yang baik dan membuat anda gembira untuk kembali ke katil bila sampai ke penghujung hari untuk tidur semula. Untuk memudahkan kerja, ringkaskan cara anda memasang cadar sebanyak mungkin. Hanya pasanf yang perlu sahaja seperti alas cadar dan selimut sahaja. Hadkan penggunaan kusyen yang bnyk di atas katil.

 

2. Lakukan satu angkatan dobi sehari

 

 

Ia bergantung kepada berapa banyak angkatan dobi yang menjadi kebiasaan anda lakukan setiap minggu. Mungkin tidak perlu melakukannya setiap hari. Cuba jadikan tabiat dengan meletakkan satu angkatan dobi pertama di awal pagi. Sekiranya anda bekerja di luar, hanya mula tekan butang ON membasuh bila anda balik dari kerja.

 

3. Menerima seadanya mengemas rumah yang tidak sempurna

 

 

Sebagai seorang yang mencari kesempurnaan, ini mungkin antara yang paling sukar untuk diamalkan. Anda mahu mengemas rumah anda supaya nampak bersih dan kemas tetapi itu tidak bermakna bahawa setiap perkara kecil perlu sempurna.

 

 

4. Meletakkan keutamaan anda

 

Buat senarai apa yang anda ingin lakukan dan kemudian aturkan apa yang perlu dilakukan segera dan apa yang masih boleh menunggu sehingga keesokan harinya.

 

 

 

 

 

5. Libatkan seluruh keluarga

 

 

Sering kali ia lebih mudah untuk melakukan mengemas rumah sendiri, tetapi meluangkan waktu untuk mengajar anak-anak anda untuk melakukan kerja-kerja mengemas adalah lebih baik dalam jangka masa panjang. Mulakan dengan menyuruh anak anda meletakkan kasut di rak, basuh pinggan mangkuk, membersihkan bilik mereka, dan sebagainya. Untuk beberapa minggu pertama mungkin anda perlu mengingatkan pada anak-anak dari masa ke semasa. Tetapi ia akan menjadi kebiasaan untuk mereka juga dan akhirnya akan dapat dilakukan dengan peringatan yang minima.

 

 

6. Lakukan 15 minit mengemas rumah di waktu malam

 

Jadikan rutin untuk mengemas rumah 15 minit di waktu malam. Untuk sebab tertentu anda tidaklah rasa ia membebankan apabila orang lain juga melakukan perkara yang sama. Pasang timer dan hanya lakukan pembersihan yang penting sahaja. Mulakan dengan perkara-perkara yang membuat kesemakan terbesar atau mana-mana yang perlu dilakukan sebelum tidur contohnya membuang sampah.

 

 

7. Proses membuang

 

Ini mungkin perlu dilaksanakan dalam tempoh masa yang lebih lama, tetapi meluangkan masa untuk membuang barang yang tidak perlu dan menyusun semula barang-barang di rumah anda secara drastik akan mengurangkan jumlah masa yang diperlukan untuk anda mengemas rumah di kemudian hari. Dengan berkurangnya barang-barang di atas meja/ kabinet, akan membuat proses buang habuk dan mengemas jauh lebih mudah

 

[Mohon Share 🙂] Klik butang di bawah supaya kawan yang lain pun boleh baca artikel ini.

Facebook
Twitter
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *