8 Makanan Terbaik Untuk Tambah Darah Dalam Badan Anda

Facebook
Twitter
WhatsApp

8 Makanan Terbaik Untuk Tambah Darah Dalam Badan Anda

 

Isu kesihatan dalam kehidupan moden dan pantas ini telah menjadi satu perkara yang menjadi kebiasaan. Ia disumbangkan daripada gaya hidup yang tidak aktif, tekanan dan masalah kebimbangan “anxiety”. Salah satu masalah yang sudah menjadi kebiasaan adalah kekurangan darah. Hemoglobin adalah sejenis protein yang kaya dgn zat besi yang terdapat dalam sel darah merah, dan bertanggungjawab untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh. Apabila paras hemoglobin menurun, ia boleh menyebabkan keletihan, kelemahan, sesak nafas, sakit kepala, dan lain-lain. Jika kadarnya menurun dengan banyak, anda boleh didiagnosis dengan anemia.

 

Untuk memastikan hemoglobin anda dipantau dan memastikan sel-sel badan anda berfungsi dengan baik, kami mencadangkan beberapa makanan yang boleh membantu tambah darah dalam badan anda. Pemakanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B-12 membantu untuk tambah darah. Beberapa sumber makanan yang perlu dimasukkan ke dalam diet adalah daging, ikan, ayam, ayam , telur, kacang, lentil, dan sayur-sayuran berdaun hijau. Vitamin-C  mengandungi zat yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan, dan paling banyak dijumpai dalam buah-buahan dan sayuran segar seperti jambu, lada benggala, buah beri, oren dan tomato.

 

1. Vitamin-C

 

 

Zat Besi tidak boleh diserap sepenuhnya oleh badan, oleh itu ia memerlukan medium untuk membantu penyerapan yang lebih baik. Oleh itu, inilah ketika vitamin-C memainkan peranan. Makan lebih banyak limau, lemon, lada benggala, tomato, anggur, beri, dan lain-lain kerana ia kaya dengan kandungan vitamin C.

 

2. Zat Besi

 

Kekurangan zat besi adalah salah satu penyebab utama darah yang rendah. Bagi lelaki dewasa (19 hingga 50 tahun), pengambilan yang disyorkan adalah lapan miligram; manakala untuk wanita dewasa (19 hingga 50 tahun), ia adalah 18 miligram. Oleh itu, adalah penting untuk mengambil makanan kaya zat besi seperti sayur-sayuran berdaun hijau, hati, tahu, bayam, telur, biji-bijian, kekacang, daging, ikan dan buah-buahan kering.

 

3. Asid Folik

 

Asid folat adalah vitamin B kompleks yang diperlukan untuk membuat sel darah merah di dalam badan. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan tahap darah yang rendah. Ambil sayur-sayuran berdaun hijau, kacang kering, kacang tanah, pisang, brokoli, hati, dan lain-lain.

 

 

4. Buah Delima

 

Buah Delima adalah sumber kaya kalsium dan besi bersama dengan protein, karbohidrat dan serat. Ia adalah salah satu makanan terbaik untuk tambah darah ia adalah kerana buah delima mempunyai nilai pemakanan yang luar biasa. Minum jus delima setiap hari untuk memastikan paras darah anda pada paras yang baik.

 

 

 

 

 

5. Kurma

 

 

Kurma yang sangat manis ini dipenuhi dengan tenaga dan khasiat yang mengagumkan. Kurma menyediakan sumber zat besi yang banyak yang tambah kadar hemoglobin dalam darah. Walau bagaimanapun, kebanyakan doktor mengesyorkan bahawa pesakit kencing manis harus mengelak daripada memakan kurma dengan banyak kerana kandungan gula tinggi mereka.

 

 

6. Kekacang

 

 

Kekacang seperti lentil, kacang tanah, kacang hijau dan kacang merah juga boleh membantu tambah kadar darah dengan ketara. Kandungan zat besi dan asid folat membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah di dalam badan.

 

 

7. Biji Labu

 

 

Biji labu boleh memberi kira-kira lapan miligram zat besi dengan kandungan kalsium, magnesium dan mangan yang mencukupi. Taburkan mereka ke atas salad atau dalam susu anda mahupun makan ia begitu sahaja.

 

 

 

8. Tembikai

 

 

Tembikai adalah salah satu buah terbaik yang membantu meningkatkan darah kerana kandungan zat besi dan vitamin C yang menjadikan proses penyerapan zat besi lebih baik dan lebih cepat.

 

 

 

 

Makanan yang mengandungi polifenol, tanin, phytat dan asid oksalat seperti teh, kopi, koko, produk soya, dan bran menghalang penyerapan zat besi dalam badan kita. Lebih baik dinasihatkan untuk mengehadkan pengambilan makanan ini jika mengalami tahap tahap yang rendah. Pastikan tahap hemoglobin anda sentiasa diperiksa. Cara terbaik untuk melakukannya ialah memastikan melakukan ujian perubatan setiap tiga bulan. Kekalkan hidup sihat anda!

 

 

[Mohon Share 🙂] Klik butang di bawah supaya kawan yang lain pun boleh baca artikel ini.

Facebook
Twitter
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *