Ramai wanita terutamanya yang bekerja sebagai surirumah inginkan pendapatan tambahan sendiri. Dalam keadaan ekonomi yang sedang meleset, gaji suami yang tak cukup, harga barang yang mahal, dapat menambah pendapatan RM200-300 sebulan pun sudah memberi kelegaan.
Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan pada masa kini untuk menjana pendapatan tambahan seperti dropship, affiliate, menjadi agen produk dan pelbagai lagi.
Baru-baru ini seorang wanita telah berkongsikan cara yang dia lakukan bagaimana dia dapat menjana pendapatan sehingga RM500-1000 sebulan hanya dengan bisnes sandwich.
Walaupun kedengaran agak mudah dan skeptikal pada orang ramai, Puan Najah sudah membuktikan yang bisnes sandwich juga mempunyai potensi besar untuk semua orang lakukan bagi mendapat wang lebihan setiap bulan.
Ikuti perkongsian Puan Najah, langkah demi langkah yang beliau lakukan di bawah.
Ramai orang ingat, nak buat sandwich ni mudah. Ya. Memang mudah kalau korang nak makan sendiri. Tapi cuba buat untuk dijual. Korang tak boleh buat sandwich yang biasa-biasa dan nampak tak menarik.
Korang mesti buat sandwich yang bila orang tengok, orang rasa tertanya-tanya. Sedap ke sandwich ni. Mesti try ni.
Ini apa yang akak buat bila mulakan bisnes sandwich.
Ini salah satu resepi sandwich yang akak buat dan jual. Korang nak pakai pun boleh. Akak halalkan.
Bahan-bahan:
CARA-CARA:
6. Balik rumah, terus kita bersilat di dapur untuk siapkan 20pax. Tujuan akak buat 20 pax ni ialah yang pertama untuk akak boleh tahu anggaran harga barang. Nombor dua, akak nak bagi dekat suami akak.
Pelekat tu print sendiri je. Pastu lekat guna cellotape.
Selain bagi kat suami, korang jugak boleh buat macam ni
Sebab bisnes makanan ni, kuncinya pada rasa makanan tu. Make sure korang buat tu memang sedap, lepas tu bagi je free kat orang sekeliling.
Bila diorang dah rasa sandwich yang betul-betul sedap, biasanya diorang akan terfikir-fikir makanan tu sampai berhari-hari.
Biasanya lepas tempahan dah mula masuk, ia tak putus-putus dah. Sebab yang tempah tu akan bagi kawan dan saudara dia pula makan. Dari situ akan mula berkembang.
Lepas dah biasakan diri, barulah mula untuk buat pemasaran ke lebih besar. Letak kat dalam FB Group ke, promote di group wassap ke atau pun buat flyers atau bunting.
Akak jamin, kalau konsisten korang follow panduan akak kongsikan ni, bulan pertama pun korang dah boleh dapat pendapatan tambahan sebanyak RM500-1000.
Selamat mencuba =)
Nak Belajar Tambah Pendapatan Dengan Bisnes Sandwich? Klik Butang Di Bawah