Siapa yang tak mahukan pendapatan tambahan setiap bulan? Ditambah dengan gaji yang rendah, harga barang yang mahal, tambahan RM200-300 setiap bulan pun sudah memberi sedikit kelegaan pada diri dan keluarga.
Begitulah juga kisah seorang nurse yang bernama Faidza. Setiap hari sibuk dengan urusan dan kerja di hospital, melayan karenah pesakit seolah-olah nurse bukanlah seorang manusia sepertinya yang tiada perasaan sakit dan simpati.
Semuanya bermula apabila ibunya mencadangkan untuk cuba-cuba buat sebarang bisnes. Boleh dapat duit tambahan sikit kata ibunya.
Hampir setiap hari Puan Faidza mencari-cari idea bisnes yang sesuai dengan keadaan dirinya sebagai seorang jururawat. Dia ada cuba perniagaan dropship produk kesihatan, tapi rasanya tak sesuai dan kena dengan jiwanya sebagai seorang petugas kesihatan.
Satu hari, dia terbaca perkongsian dari Puan Najah menceritakan tentang idea bisnes sandwich yang sangat mudah dan boleh dilakukan sesiapa sahaja.
Faidza berfikir semasak-masaknya. Dari perkongsian Puan Najah, dia rasa yang dia boleh buat bisnes ni. Masa yang diambil untuk siapkan tempahan juga tak terlalu lama dan mudah untuk dibuat.
Langkah pertama yang Faidza buat ialah dapatkan dulu Panduan Bisnes Sandwich yang diajar Puan Najah. Kemudian, dia mula buat kira-kira dari segi bahan dan alatan yang diperlukan.
Pada mulanya, tempahan sandwichnya hanya melalui kenalan dan kawan rapat yang berhampiran rumahnya sahaja. Dari bulan ke bulan, tempahannya sudah mula bertambah apabila pelanggan-pelanggannya mula berkongsikan bisnes sandwichnya kepada kenalan mereka pula.
Biasanya, seawal jam 5 pagi lagi, Faidza sudah mula berperang di dapur untuk menyiapkan tempahan. Bagi dirinya, faktor paling penting bila buat bisnes makanan ni mestilah makanan itu sendiri sedap, servisnya bagus dan berjaya disiapkan pada masa yang dijanjikan.
Faidza akan cuba sedaya upaya untuk menghantar tempahan tepat pada waktunya. Tak lewat walau seminit pun. Untuk dirinya pula, Puan Faidza pastikan dia boleh membahagikan masa sebaiknya untuk bisnes, keluarga dan kerjaya.
Kalau dulu, dia selalu makan sandwich yang dibeli di kantin hospital tempat kerjanya, kini kawan-kawan nurse pula yang membeli sandwichnya.
Pernah kawannya bertanya soalan yang agak sensitif
“Berapa pendapatan kau sepanjang menjalankan bisnes ni?”
Mula-mula Faidza ingin rahsiakan sahaja. Tapi bila berfikir balik, Faidza harap dengan perkongsian pendapatannya dapat memberi inspirasi kepada kawan-kawannya yang lain.
“Sejujurnya, dalam tempoh dua bulan setengah, aku dapat kumpulkan pendapatan kasar hampir 10ribu dari bisnes sanwich ni”
Melopong sekejap kawan-kawan nurse dia. Apa-apa pun, dia sangat berterima kasih pada ibunya yang mencetuskan idea untuk dia memulakan bisnes dan juga tunjuk ajar Puan Najah.
Mana tahu, satu hari nanti dia boleh berhenti kerja nurse dan memfokuskan sepenuh masanya dengan bisnes sandwich ini. Doakan ya.
Begitulah serba sedikit perkongsian Puan Faidza di awal menceburi diri dalam dunia bisnes sandwich ini. Bermula dari ibunya, kini dia boleh selesa dengan pendapatan tambahan yang dia dapat setiap bulan.
Moga-moga kisah ini memberi idea dan inspirasi kepada anda.
Nak Belajar Tambah Pendapatan Dengan Bisnes Sandwich? Klik Butang Di Bawah