Resepi Ayam Masak Kurma

Facebook
Twitter
WhatsApp

Resepi Ayam Masak Kurma

 

 

Bahan-bahan :

500 gram ayam segar, dipotong kecil
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 batang cengkih
2 cawan santan pekat
1/2 peket rempah kurma
1 buah tomato (dibelah empat)
1 biji kentang (dibelah empat)
1 batang lobak merah (dipotong dadu besar)
2 biji cili besar (hijau dan merah)
2 biji bawang besar (dibelah empat)
1/2 cawan air asam jawa
Sedikit Garam
Sedikit gula
5 biji bawang merah (dikisar)
3 biji bawang putih (dikisar)
1 cm halia (dikisar)


Cara-caranya :

 

  1. Panaskan minyak. Masukkan rempah tiga serangkai iaitu, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar, kacau sehingga berbau harum dan kekuningan.
  3. Setelah itu, masukkan pula rempah kurma, dan kacau sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan potongan ayam yang sudah dibersihkan, kacau sebati dan biarkan ia masak seketika.
  5. Setelah itu, masukkan kentang dan lobak merah serta sedikit air asam jawa.
  6. Kemudian masukkan santan, dan masak sehingga semua bahan empuk.
  7. Biarkan mendidih sehingga masak, dan terakhir masukkan garam, bawang besar dan juga tomato serta cili besar tadi.
  8. Jika mengering, bolehlah tambah sedikit air dan biarkan ia mendidih kembali.
  9. Sedia untuk dimakan bersama nasi atau roti.

 

Selamat mencuba!!!

 

[Mohon Share 🙂] Klik butang di bawah supaya kawan yang lain pun boleh baca artikel ini.

Facebook
Twitter
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *