Resepi Ayam Steam Chinese Style

Facebook
Twitter
WhatsApp

Resepi Ayam Steam Chinese Style

 

Ayam Steam Chinese Style adalah antara resepi yang simple untuk makanan kantonis. Ia amat menyelerakan bila ia disediakan dengan cara yang betul.

 

Bahan-bahan :

 

Untuk ayam

 

1.6 kilo ayam (seekor)
3 ulas bawang putih, diketuk
15 gram halia, diketuk
Sedikit daun bawang, dihiris
2 sudu besar cuka epal
15gm garam halus
Sedikit garam kasar untuk basuh ayam

Untuk sos cicah

 

2 sudu besar halia diparut
2 sudu besar daun bawang, dihiris
2 sudu besar minyak masak
Secubit garam
Setengah sudu kecil gula
Secubit lada sulah

 

Cara-cara :

 

Untuk ayam

 

  1. Bersihkan ayam di bawah air yang mengalir.
  2. Keluarkan sebarang organ dalaman (hati,, jantung) dalam rongga ayam.
  3. Gosokkan garam kasar ke seluruh permukaan dan di rongga ayam. Bilas dan keringkan.
  4. Sapukan garam halus ke permukaan dan rongga ayam. Perap ayam semalaman.
  5. Sebelum mengukus, sapukan cuka epal di permukaan dan satu sudu besar di dalam rongga.
  6. Masukkan potongan halia, bawang putih yang diketuk, dan bahagian hijau daun bawang ke dalam rongga.
  7. Kukus ayam selama 20 minit dengan api sederhana (tutup). Matikan dapur, tetapi jangan buka penutup selama 15 hingga 25 minit.
  8. Gantung ayam menegak untuk toskan kuah di dalam rongga.
  9. Potong dan hidangkan selepas ayam sejuk.
Untuk sos cicah

 

  1. Letakkan semua bahan-bahan kecuali minyak ke dalam mangkuk tahan panas.
  2. Panaskan dua sudu besar minyak masak sehingga mula berasap. Tuangkan minyak ke atas halia dan daun bawang.
  3. Campur sekali garam, gula dan lada sulah. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!

 

[Mohon Share 🙂] Klik butang di bawah supaya kawan yang lain pun boleh baca artikel ini.

Facebook
Twitter
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *