Resepi Basque Burnt Cheesecake Mudah
Bahan-bahan :
250 gram cream cheese
70 gram gula (dikisar halus)
125 gram UHT whipping cream
7 gram tepung gandum
2 biji telur saiz A
Cara-cara :
- Biarkan Cream cheese pada suhu bilik dan pukul dengan gula.
- Selepas sebati, masukkan telur satu persatu.
- Masukkan whipping cream. Kaup balikkan sahaja.
- Masukkan tepung gandum. Kaup balik sekali lagi.
- Masukkan ke dalam loyang 5 inchi. Lapik loyang dengan baking paper.
- Bakar 180 darjah celcius selama 40 minit. (Ikut tahap kehangusan nak tahap berapa)
- Sejukkan dan taburkan gula aising.
- Boleh dihidangkan dengan blueberry topping atau manggo topping dari kedai bakeri.
Selamat mencuba!