Resepi Beef Lasagna Mudah

Facebook
Twitter
WhatsApp

Resepi Beef Lasagna Mudah

 

resepi-beef-lasagna-mudah

Walaupun lasagna adalah satu hidangan barat, tidak semestinya bahan-bahannya sukar didapati dan susah untuk disediakan.

Jom kita tengok resepi beef lasagna yang mudah disediakan dan kena dengan citarasa kita orang Malaysia.

Bahan-bahan

 

250 gram Kepingan Pasta Lasagna
Cheese Mozarella (shredded)

Untuk Sos merah :

2 sudu besar minyak zaitun
1 Botol /Tin Sos Segera Bolognese
50 gram Cendawan butang (optional)
500 gram Daging lembu kisar
2 sudu besar Sos cili (jika nak pedas)
1 bawang besar holland & 3 ulas bawang putih – dicincang halus
Sedikit Serbuk lada hitam
Secubit Garam
1 Kiub ayam

Untuk Sos putih :

2 sudu besar mentega
3-4 keping kepingan cheese
2 sudu besar tepung gandum
Secubit Garam
Serbuk lada putih
2 cawan Susu segar

Cara – cara :

Sos merah :

1. Tumis bawang merah dan putih sampai naik bau.
2. Masukkan daging kisar dan masak sampai warna daging bertukar menjadi warna gelap.
3. Masukkan sos bolognese dalam tin bersama cendawan dipotong dadu.
4. Bila sudah mendidih, masukkan garam, kiub ayam dan serbuk lada hitam.
5. Masak sampai dapat kepekatan sos yang diinginkan.

Sos putih:

1. Panaskan mentega, masukkan tepung gandum & kacau sebati.
2. Kemudian masukkan susu segar dan masak adunan smp kesemuanya bergaul mesra iaitu sampai tepung tak berketul lagi.
3. Biarkan api perlahan.
4. Kemudian koyakkan kepingan cheese ke dalam bancuhan sos putih dan masak sampai pekat dan likat.
5. Akhir skali masukkan garam, serbuk lada putih dan serbuk perasa mengikut kesesuaian.

Lasagna :

1. Sediakan loyang untuk diletakkan lasagna.
2. Selang seli semua bahan (kepingan pasta lasagna yang sudah direbus + sos merah + sos putih) mengikut kesesuaian dan ketebalan yang diingini. Cadangan setiap lapisan : menggunakan setengah cawan sos.
3. Akhir sekali, tabur cheese mozzarella shredded mengikut citarasa. Jika boleh sehingga tertutup lapisan paling atas.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180c lebih kurang dalam 30-40minit.

Selamat mencuba!

[Mohon Share 🙂] Klik butang di bawah supaya kawan yang lain pun boleh baca artikel ini.

Facebook
Twitter
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *