Resepi Cendol

Facebook
Twitter
WhatsApp

Resepi Cendol

 

 

Bahan-bahan Cendol :

 

5 sudu besar Tepung beras
1 sudu besar Tepung gandum
1 sudu besar – Tepung pulut
10 helai daun pandan dikisar – ambil air sahaja

 

Bahan-bahan Air Cendol:

 

1 Kotak Santan Segera – santan pekat
1 Cawan Air Masak
Gula Merah secukup rasa
1 sudu kecil garam

 

Cara-cara  (Cendol) :

 

  1. Campur semua tepung ke dalam satu mangkuk. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit. Gaulkan semuanya sehingga tidak melekat pada tangan.
  2. Panaskan periuk bersama dengan air tapis / air masak.
  3. Sambil menunggu air mendidih, gunakan penapis yang mempunyai lubang yang sedikit besar. Contoh penapis untuk tos makanan selepas digoreng.
  4. Masukkan semua bahan-bahan yang sudah digaul tadi kedalam penapis. Bila air mendidih. Tekan cendol untuk keluar. Terpulang mahukan sepanjang mana.
  5. Bila cendol dah kembang dan masak boleh angkat.
  6. Sediakan semangkuk air masak yang dah sejuk. Angkat dan toskan cendol lepas tu masukkan ia kedalam mangkuk yang ada air sejuk tu.

 

Cara-Cara Air Cendol :

 

  1. Panaskan periuk. Masukkan santan dan air masak kedalam periuk.
  2. Masukkan garam dan gula merah mengikut selera anda.
  3. Bila dan mendidih tutup api.
  4. Tuangkan ke dalam 1 jag besar. Campurkan kesemuanya sekali termasuk cendol yang anda buat tadi.
  5. Jangan lupa masukkan sekali ais kisar, kacang dan jagung dalam tin.
  6. Sedia dimakan dalam keadaan sejuk.

Selamat mencuba!

 

[Mohon Share 🙂] Klik butang di bawah supaya kawan yang lain pun boleh baca artikel ini.

Facebook
Twitter
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *