Resepi Donut Simple & Gebu

Facebook
Twitter
WhatsApp

Resepi Donut Simple & Gebu

 

Ramai yang ingat nak hasilkan donut yang gebu agak sukar. Tapi sebenarnya dengan hanya 4 bahan sahaja dan teknik yang simple anda akan dapat hasilkan donut yang gebu?

Jom kita tengok resepinya

Bahan-bahan :

 

250 gram tepung gandum
2 sudu besar susu pekat manis
5 gram (2 sudu kecil) yis kering
2 sudu besar margerin (jangan sampai berbukit)
Sedikit air ( letakkan sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi satu)

 

Cara-cara :

 

  1. Campur semua bahan di atas hingga jadi seperti serbuk roti.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga doh menjadi licin.
  3. Bentukkan menjadi bentuk bulat besar dan perap hingga naik 2x ganda.
  4. Tinggalkan di atas peti sejuk dan tutup dengan kain. Sebaik-baiknya semalaman.
  5. Kemudian bentukkan menjadi bulat-bulat kecil & lubangkan di tengahnya.
  6. Goreng dalam minyak yang banyak dan sederhana panas.
  7. Angkat dan golekkan di atas gula caster. Sedia dihidang

Selamat mencuba!

 

 

[Mohon Share 🙂] Klik butang di bawah supaya kawan yang lain pun boleh baca artikel ini.

Facebook
Twitter
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *