Resepi Japchae versi Selera Malaysia dan Halal

Facebook
Twitter
WhatsApp

Resepi Japchae versi Selera Malaysia dan Halal

 


Ok, pada sesiapa yang tak tahu Japchae tu apa, ia adalah makanan yang berasal  dari Korea dan berasaskan Soo Hoon. Kalau ikutkan resepi original Korea, ada bahan-bahan yang tidak halal digunakan. Oleh itu, kami ubah suai dengan bahan halal dan mudah didapati di Malaysia.

 

Biasanya orang Korea suka makan dengan nasi dan kimchi. So terpulang untuk anda, nak makan begitu sahaja pun boleh.

 

Bahan-bahan :

 

250 gram Soo hoon
3 – 5 ulas bawang putih ditumbuk
100 gram Daging lembu (dihiris halus)
1 ikat Kangkung
1 biji Lobak Merah (dipotong halus dan panjang)
1 biji Bawang Holland (mayang halus)
80 gram cendawan butang (dalam tin ataupun segar)
Garam
Lada hitam dikisar kasar
Minyak bijan
Kicap manis
Kicap masin
Bijan (panggang sebentar)

 

Cara-cara :

 

  1. Rebus soo hoon. (jangan terlalu kembang)
  2. Panaskan sedikit minyak bijan,tumbuk bawang putih dan tumiskan.
  3. Masukkan daging, sedikit air dan garam.
  4. Kemudian masukkan cendawan kedalam daging tadi. Bila cendawan dan daging sudah mula masak, boleh angkat masuk dalam bekas. Tinggalkan air di dalam kuali itu.
  5. Masukkan kangkung ke dalam kuali, tambah sedikit garam dan apabila sudah sedikit layu boleh angkat dan ketepikan.
  6. Panaskan minyak bijan dan masukkan lobak merah. Masukkan sedikit garam dan apabila sudah masak, boleh keluarkan dan goreng bawang pula.
  7. Pakai sarung tangan dan gaul ke semua bahan-bahan tadi. Tambah kicap dan garam.
  8. Taburkan bijan dan lada hitam. Jika ingin pedas boleh tambah hirisan cili padi.

 

Selamat mencuba!

 

[Mohon Share 🙂] Klik butang di bawah supaya kawan yang lain pun boleh baca artikel ini.

Facebook
Twitter
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *