Resepi Kuah Kacang Hari Raya

Facebook
Twitter
WhatsApp

Resepi Kuah Kacang Hari Raya

 

 

Bahan-bahan :

 

500 gram kacang disangai atau digoreng dan di tumbuk kasar
3 biji bwg merah besar
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai di hiris kasar
1 senduk cili blender ( 25 tangkai cili kering direbus dan dikisar atau ikut kepedasan yang anda mahu)
1 mangkuk santan pekat/1 kotak santan segera
1 mangkuk air
Gula melaka / gula kabung ikut kemanisan yang anda mahu (boleh guna gula putih juga)
Garam secukup rasa
Sedikit Serbuk perasa
Minyak untuk menumis

 

Cara-cara :

 

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang sudah dikisar (bawang, halia, lengkuas,serai, cili kisar) sampai garing.
  2. Perlahankan api bila mula menumis dan tutup dengan penutup periuk untuk elakkan terpercik.
  3. Apabila sudah naik minyak boleh masukkan air dan santan kacau sebentar.
  4. Masukkan tanah dengan api perlahan.
  5. Kuah biarkan cair sedikit kerana kita hendak masak perlahan-lahan smpai pecah minyak.
  6. Masukkan gula melaka dan garam ( ikut citarasa masing-masing).
  7. Setelah pecah minyak dan kuah pekat tutup api.
  8. Sedia untuk di hidang.

 

Selamat mencuba!

 

[Mohon Share 🙂] Klik butang di bawah supaya kawan yang lain pun boleh baca artikel ini.

Facebook
Twitter
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *