Resepi Kuih Ketayap
Bahan-bahan :
Untuk inti :
1/2 biji kelapa parut
1/4 cawan gula melaka
1/4 cawan gula pasir
2-3 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
Untuk kulit :
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan sederhana cair, anggaran dari 1/3 biji kelapa
1 biji telur
4-5 helai daun pandan
1 sudu kecil garam
2-3 titik pewarna hijau
Cara-caranya :
Cara-cara untuk inti:
- Masukkan kelapa parut, air, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan di dalam kuali.
- Masak di atas api yg perlahan, kacau sehingga sebati dan sedikit kering. Sejukkan.
Cara-cara untuk kulit:
- Kisar 1/3 biji kelapa parut bersama daun pandan, dengan anggaran air supaya menghasilkan 2 cawan santan. Perah dan tapis.
- Bancuh santan bersama tepung gandum, garam, telur dan beberapa titik perwarna jika mahu, supaya kulit menjadi lebih hijau.
- Kacau sebati menggunakan pemukul dan kemudian tapis supaya tiada ketulan. Bancuhan tepung sepatutnya menjadi sedikit cair.
- Panaskan kuali yg di griskan dengan sedikit minyak.
- Tuang satu senduk bancuhan tepung dan ratakan dengan memusingkan kuali ke kiri dan ke kanan supaya mendapat bentuk bulat. Ratakan bahagian atas menggunakan sudip jika perlu.
- Anggaran 3-4 minit masak di atas kuali.
- Angkat dan gulung bersama inti yang sudah disejukkan.
Selamat mencuba!