Resepi Kuih Ketayap

Facebook
Twitter
WhatsApp

Resepi Kuih Ketayap

 

 

Bahan-bahan :

 

(Untuk kulit)
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan
1 1/2 sudu teh garam
2 sudu besar
 minyak masak
Beberapa titis pewarna hijau

(Untuk inti)

1/2 biji kelapa parut – ambil yang putih sahaja
3/4 cawan gula merah – kurangkan jika tak suka manis
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan – disimpulkan
1/2 cawan air
2 sudu besar tepung gandum

Cara-caranya :


(Untuk inti)

 

  1. Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak sehingga gula larut.
  2. Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
  3. Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai.
  4. Sejukkan inti.

(Untuk kulit)

 

  1. Blend daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
  2. Campurkan semua bahan kulit dan gaul rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. Guna kaedah ni, adunan tak perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel.
  4. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
  5. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. Saya simpulkan sehelai daun pandan dan sapu minyak menggunakannya.
  6. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.
  7. Biarkan kulit masak, tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah berwarna hijau semuanya. Angkat. Ketepikan. Ulang sampai adunan habis.
  8. Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang sudah siap tadi.
  9. Ambil sesudu penuh inti, nak lebih pun boleh. Letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas.
  10. Bila siap semua bolehlah dihidangkan.

 

Selamat mencuba!

 

[Mohon Share 🙂] Klik butang di bawah supaya kawan yang lain pun boleh baca artikel ini.

Facebook
Twitter
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *