Resepi Terung Masak Berlado
Bahan-bahan :
3 batang terung panjang sederhana besar
6-8 biji Cili merah
3-4 biji Cili padi (jika mahu pedas)
6 biji Bawang merah
4 ulas Bawang putih
1 biji Bawang besar dihiris kasar
Sedikit ikan bilis atau setengah kiub bilis
Sedikit gula dan garam
Cara-cara :
- Terung dihiris menyerong atau menegak. Setelah dibasuh, terung digoreng dengan sedikit minyak atau boleh juga diibakar menggunakan kuali yang tidak melekat. Setelah masak, asingkan ketepi.
- Dengan menggunakan minyak yang sam tumis bahan-bahan yang lain. Bawang merah, bawang putih dan cili merah ditumbuk atau dimesin kasar (jangan dikisar terlalu hancur).
- Tumiskan kesemua bawang tersebut, masukkan juga kiub ikan bilis dan bawang besar.
- Api jangan terlalu besar dan kacau sehingga masak dan nampak sedikit garing.
- Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Semua bahan dalam kuali dikacau agar sebati dan akhirnya dimasukkan terung-terung tadi.
- Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba!