Resepi Nasi Goreng Paprik
Bahan-bahan:
5 pinggan nasi putih panas
1/2 kilo isi ayam/daging
6 biji cili api, dihiris
3 ulas bawang merah, dimayang halus
2 ulas bawang putih, dimayang
1/2 batang serai dihiris
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
3 btg kacang panjang dipotong
2 sudu bawang goreng
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak
Cara-caranya :
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api.
- Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging.
- Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit dan sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba!