Resepi Nugget Ayam Mudah & Sihat
Seperti kita sedia maklum, nugget ayam yang dijual dipasaran tidak begitu sihat kerana ia bukanlah 100% dihasilkan dari daging ayam. Dan ia dicampur dengan begitu banyak perasa. Tetapi disebabkan anak-anak amat gemar makan nugget ayam kita hidangkan juga kepada mereka.
Namun ada alternatif lain yang lebih sihat di mana ia boleh disediakan sendiri. Dan caranya juga amat mudah.
Bahan-bahan :
Setengah cawan tepung gandum
450 gram daging ayam dicincang halus
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu kecil serbuk paprika
1 sudu kecil kicap manis
Sedikit garam & lada hitam halus
1 cawan serbuk roti
1 biji telur
Sedikit air
1 cawan minyak sayuran
Cara-cara :
- Campurkan daging ayam cincang bersama serbuk bawang putih, serbuk paprika, serbuk lada hitam, kicap manis dan garam sehingga sebati.
- Gunakan sedikit minyak dan bulat-bulatkan campuran daging ayam cincang tadi.
- Di dalam mangkuk yang lain campurkan tepung, telur dan sedikit air.
- Kacau sebati sehingga kepekatannya seperti campuran pancake.
- Sebelum menggoreng, ambil daging ayam cincang yang telah dibulatkan tadi dan celupkan ke dalam campuran tepung.
- Akhir sekali, golek-golekkan ke dalam serbuk roti sehingga menutupi setiap permukaan.
- Gorengkan dalam minyak yang panas selama 3-4 minit atau sehingga kekuningan.
- Sedia untuk di makan.
Selamat mencuba!