Resepi Sizzling Yee Mee
Walaupun di rumah anda tiada hot plate untuk menyediakan sizzling yee mee seperti di Food Court, tetapi dengan kuali biasa sahaja boleh memberikan rasa yang sama. Jom kita tengok resepinya.
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam atau isi ayam bahagian dada (Dibersihkan, potong sedang dan lumurkan bersama 1 sudu besar kicap pekat, sedikit gula dan perapkan selama 1 jam)
4 ulas bawang putih dipenyekkan
3 inci halia dipenyekkan
6 tangkai Cili kering di potong 3
15 Cendawan shitake yang kering (direndam, dibersihkan dan buang kakinya dan belah 2. Perap dengan sedikit sos tiram)
Sayur sawi yang dicelur dalam air panas menggelegak. (bubuh sedikit minyak toskan bila mula bertukar warna)
2 paket Yee mee
4 sudu besar Kicap pekat
3 sudu besar sos tiram
Garam, sedikit gula dan kiub ayam
Air tepung jagung (mengikut kepekatan yang diingini)
Cara-cara :
1. Tumis bawang putih dan halia hingga layu dan masukkan cili kering. Masak hingga naik bau dan bubuhkan cendawan. Gaul sebati.
2. Kemudian masukkan 1 cawan air.
3. Biarkan cendawan menjadi lembut dan masukkan ayam. Gaul sebati. Kacau dalam 5 minit.
4. Masukkan air mengikut kesesuaian. Jangan terlalu banyak.
5. Masukkan kicap pekat, sos tiram, kiub ayam dan sedikit gula. Biar hingga menggelegak dan kecilkan api.
6. Tutup kuali dan masakkan hingga cendawan dan ayam agak lembut. Masukkan air tepung jagung hingga kuah agak pekat.
7. Siap untuk di hidang.
Selamat mencuba!