Resepi Talam Gula Merah

Facebook
Twitter
WhatsApp

Resepi Talam Gula Merah

 

talam gula melaka

Bahan-bahan :

Lapisan Bawah (gula merah)

1 cawan gula merah
Sedikit gula putih (boleh tambah jika suka manis)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar air kapur (tidak terlalu pekat)
1 sudu besar kicap pekat (supaya warna cantik & tak mempengaruhi rasa
3 cawan air

Lapisan Atas (putih)

2 1/2 cawan santan pekat (jangan terlalu pekat)
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam (ikut citarasa)

 

Cara-cara :

Lapisan Bawah (gula merah)
  1. Mula-mula sapu loyang dengan minyak masak dan lapikkan dengan plastik. Ketepikan.
  2. 1 cawan gula merah masak bersama 1cawan air dan ketepikan.
  3. Air gula merah tadi satukan dgn air biasa sebanyak 2 cawan.(jangan berlebihan)
  4. Satukan kesemua tepung, air kapur, kicap dan gula pasir (jika mahu).
  5. Tapiskan adunan. Masukkan dalam kuali, kacau sehingga naik wap. Jangan terlalu pekat.
  6. Masukkan dalam loyang kukus 15- 20minit dengan api yang sedikit besar.
Lapisan Atas (putih)

 

  1. Satukan semua bahan untuk lapisan atas putih & kacau sebati. Tapiskan.
  2. Masukkan dalam kuali kacau sehingga naik wap.
  3. Tuangkan adunan di atas lapisan gula merah tadi.
  4. Kukus lagi 25 minit atau sehingga masak. Sejukkan dan boleh potong dgn pisau plastik.

 

Selamat mencuba!

 

[Mohon Share 🙂] Klik butang di bawah supaya kawan yang lain pun boleh baca artikel ini.

Facebook
Twitter
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *