Resepi Tepung Goreng Ayam Ala KFC
Bahan-bahan :
Seekor ayam dipotong 10
2 biji telur
5 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar lada hitam halus
2 sudu kecil baking powder
Sedikit garam
Sedikit maggi cukup rasa
Cara-cara :
- Gaulkan semua bahan di atas ( kecuali ayam dan telur) ke dalam bekas.
- Selepas dibasuh ayam, kering kan dahulu dengan kitchen towel.
- Gaul ayam dengan adunan tepung tadi.
- Kemudian celup ayam ke dalam telur.
- Gaulkan semula ayam ke dalam campuran tepung dan goreng dalam minyak panas.
- Angkat selepas masak kekuningan dan sedia untuk di makan.
Selamat mencuba!