Resepi Cendol

Bahan-bahan Cendol :
5 sudu besar Tepung beras
1 sudu besar Tepung gandum
1 sudu besar – Tepung pulut
10 helai daun pandan dikisar – ambil air sahaja
Bahan-bahan Air Cendol:
1 Kotak Santan Segera – santan pekat
1 Cawan Air Masak
Gula Merah secukup rasa
1 sudu kecil garam
Cara-cara (Cendol) :
- Campur semua tepung ke dalam satu mangkuk. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit. Gaulkan semuanya sehingga tidak melekat pada tangan.
 - Panaskan periuk bersama dengan air tapis / air masak.
 - Sambil menunggu air mendidih, gunakan penapis yang mempunyai lubang yang sedikit besar. Contoh penapis untuk tos makanan selepas digoreng.
 - Masukkan semua bahan-bahan yang sudah digaul tadi kedalam penapis. Bila air mendidih. Tekan cendol untuk keluar. Terpulang mahukan sepanjang mana.
 - Bila cendol dah kembang dan masak boleh angkat.
 - Sediakan semangkuk air masak yang dah sejuk. Angkat dan toskan cendol lepas tu masukkan ia kedalam mangkuk yang ada air sejuk tu.
 
Cara-Cara Air Cendol :
- Panaskan periuk. Masukkan santan dan air masak kedalam periuk.
 - Masukkan garam dan gula merah mengikut selera anda.
 - Bila dan mendidih tutup api.
 - Tuangkan ke dalam 1 jag besar. Campurkan kesemuanya sekali termasuk cendol yang anda buat tadi.
 - Jangan lupa masukkan sekali ais kisar, kacang dan jagung dalam tin.
 - Sedia dimakan dalam keadaan sejuk.
 
Selamat mencuba!
								
