Saya nak share kepada anda contoh masakan yang best untuk anda buat dan senang terjual. Cuma satu jer syaratnya, anda rajin masak dan kumpul oder jer. Lagi-lagi dah nak masuk ramadhan ni. Rugi tak ambil peluang segera dan mula menjual sebelum masuk bulan puasa ni lagi. Yang penting anda segera take action dan mula buat hari ini yea.
8 contoh makanan sedap anda boleh buat dan jana keuntungan
Ada pelbagai jenis makanan yang laris dijual tetapi pada artikel kali ini saya nak fokuskan kepada 8 makanan yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia tak kira musim perayaaan ataupun musim cuti. Jom lihat contoh masakan yang saya kongsikan dibawah.
1. Kuih Tepung Pelita
Ramuan Tepung Pelita
Lapisan Hijau:
1/2 cawan tepung beras
Secubit kapur makan
2 cawan air daun pandan
Lapisan Santan:
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan
Secubit garam
Nampak tak? Simple jer ramuan dia dan sangatlah mudah untuk anda buat dan menjual walaupun dalam kuantiti yang sikit. Cuba bayangkan kiraan mudah seperti ini.
Jika anda dapat oder dari kawan-kawan yang buat majlis kenduri ataupun kariah surau nak buat jamuan kecil. Pasti oder dari mereka dalam kuantiti minima 30 biji. Belum lagi kira jika anda mendapat banyak tempahan dalam sehari. Dah berapa dah untung anda dalam sehari? 😉
2. Roti John
Sekali tengok pun dah terliur kan. Belum dapat rasa lagi dengan lilihan daging dan mayonis. Fuh, sungguh menyelerakan dan sedap dimakan sewaktu masih panas.
Ramuan Roti John
1. Roti john/roti oblong (belah tengah)
2. Daging kisar ramly (daging burger pon ok)
3. Bawang merah,cili merah, cili api
4. 2 biji telur
5. Planta
6. Sos cili
7. Mayonis
8. Thousand island
9. Sayuran seperti timun, kubis
10. Sedikit garam
Mesti ada yang dah terbayang perlu bukak gerai kecil macam orang jual burger tu. Sebenarnya tak perlu. Apa yang anda perlu buat simple jer. Bukak satu group whatsapp dan ajak penduduk kawasan perumahan anda untuk join. Siapa yang join group tu boleh dapat tester roti john ataupun diskaun khas.
Lepas tu, mula luaskan kawasan anda dan promote dekat fb wall, fb group penduduk dan mungkin juga di laman instagram.
3. Pulut Panggang
Pulut panggang nih tak bakar, tapi just panaskan atas kuali leper.
Bahan-bahan diperlukan:
- 1 kg beras pulut
- 5 cawan santan pekat
- Daun pisang-layukan atas api
- Lidi – dipotong 3 cm
- Garam
BAHAN UTK INTI IKAN:
- 350 gm ikan kembung @ selar-direbus dan diambil isi
- 150 gm bawang besar-dibelah dua dan dihiris
- 20 gm bawang merah
- 20 gm atau 2.5 cm halia
- 1 batang serai
- 1 cawan santan
- Garam
- 1 sudu kecil halba
4. Murtabak
Makan time waktu petang panas-panas pulak tu. Fuh, serius sedap. Rahsia mudah murtabak laku adalah inti yang banyak dan sedap tau.
Bahan Murtabak
- 300g daging cincang
- 2 bawang besar – potong dadu
- 3 bawang putih – potong dadu
- 4 sudu besar rempah kari
- Garam + perasa secukupnya
- **1 bawang – potong nipis
- **6 biji telur – atau secukupnya
- Kuah bawang:
- *1 bawang besar (atau bawang merah) – potong nipis
- *Cuka, gula, garam, air, pewarna merah – secukupnya
- Campurkan semua bahan di atas * dan rasa
Untuk buat inti yang sedap tu gaul daging tadi dengan lada hitam,bawang , sedikit oregano dan garam dan perap semalaman dalam peti ais. Esok pagi time nak goreng anda boleh anda boleh mula gaul dengan tepung dan goreng. Tapi jangan sampai hangit tau.
5. Otak-Otak
Biasanya kalau kita makan otak-otak inti dia adalah inti ikan. Nak masak otak-otak ni lebih kurang sama jer nak masak pulut panggang letak jer atas kuali panas dan masak. Macam style grill but atas kuali. Biasanya cara ni lebih jimat dari seho kos arang dan masa untuk siapkan sesuatu masakan.
BAHAN-BAHAN:
- 500 gram isi ikan tenggiri – dikisar
- 200 gram bawang merah – dikisar
- 100 gram bawang putih – dikisar
- 200 gram cili merah – dikisar
- 50 gram kunyit – dikisar
- 6 biji buah keras – dikisar
- 2.5cm belacan bakar – dikisar
- 5 batang serai – dikisar
- 500ml santan – dikisar
- 200 gram bawang besar – dikisar
- 6 helai daun limau purut – dihiris
- 6 biji telur ayam – dipukul
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula
- Daun kaduk secukupnya
6. Putu Bambu
Putu bambu ni bukan makan biasa sebab putu tu adalah makanan tradisioanal yang ada dan dibuat guna buluh. Nak buat putu ni tersangatlah mudah jer sebenarnya. Anda yang nak buat putu macam ni tak perlu guna bahan yang banyak mana pun.
Bahan Putu:
1. Tepung Beras
2. Kelapa
3. Gula Melaka
Selebihnya perlukan kepakaran memasak jer tau. Nak cari buluh susah jugak kan. Lagi-lagi kalau yang jenis duduk bandar macam kl tu mana lah nak dapat batang buluh yang sesuai. Tapi, jangalah risau sebab kita masih ada alternative mudah jer.
Gunakan jer acuan yang ada macam yang ada di gambar dibawah ni.

7. Sandwich
Roti sandwich bukan sahaja disukai oleh ramai rakyat Malaysia malah terdapat pelbagai jenis sandwich yang berada di pasaran ketika ini. Antara contohnya, sandwich ayam,sandwich telur, sandwich seafood dan sandwich daging. Ianya ibarat anda makan di Subway yang ada pelbagai pilihan inti yang anda mahukan.
Sandwich bukan sahaja mengenyangkan malah memberikan pelbagai manfaat dari sudut sumber protein,viamin,serat dan karbohidrat. Apa kata kita cuba buat sendiri di rumah sebagai makanan yang terbaik unutk seisi keluarga kerana cara buat sandwich amatlah mudah . Lepas tu,boleh la mula promote dengan rakan sekitar dan jiran tetangga yang terdekat.
Saya kongsikan salah satu resipi sandwich telur:
– 10 biji Telur Ayam (Direbus)
– 4 sudu makan mayonis
– Lada sulah
– Sebuku roti saiz bonanza
– 3 biji Tomato
– Salad
– Butter untuk sapuan roti
Kos nak buat sandwich lebih murah dari asyik pergi beli di kedai sahaja. Jom segera buat sandwich sebagai menu sarapan pagi kita.
8. Popia Basah
Akhir sekali, kami nak kongsikan mengenai popia basah. Rasa ranggup dan inti yang sedap. Buat air teh dan makan bersama popia basah time waktu petang ataupun minum malam. Serius sedap dan mengeyangkan.
BAHAN POPIA BASAH
Bahan Kulit Popia (12 kpg)
· 2 cawan tepung gandum
· 1 biji putih telor
· 3/4 cawan air
· 2 sudu makan cuka
· secubit garam
Bahan Inti
· 1 cawan sengkuang parut
· 1 cawan lobak merah parut
· 1 cawan taugeh
· 1 cawan zuchini atau timun
· 3 ulas bawang putih – cincang halus
· garam dan serbuk lada sulah
· 1 cawan kacang tanah goreng – tumbuk kasar
· 1/2 cawan bawang goreng
Kesimpulan
Kesimpulannya, daripada 7 resipi masakan yang kami kongsikan tadi. Yang mana satu menjadi pilihan utama anda ? Kongsikan kepada kami hasil daripada resipi yang kami kongsikan di atas di ruangan komen dibawah. Siapa kata kalau ada skil memasak tak boleh buat duit dengan berniaga. Masak jer sedap-sedap dan anda dah boleh jual hasil masakan anda. Untuk dapatkan tips untuk berjaya dalam membina bisnes makanan boleh klik di sini >> 5 Tips Utama Untuk Membina Bisnes Makanan Anda