5 Tips Utama Untuk Membina Bisnes Makanan Anda
Mungkin anda ada pelbagai idea bisnes yang anda ingin ceburi. Tapi bisnes makanan antara pilihan yang popular ramai orang. Tetapi untuk memulakan bisnes makanan dalam senario hari ini adalah amat mencabar. Tetapi bila anda memilih untuk memulakan bisnes dalam bidang makanan, anda ada kelebihan tersendiri kerana semua orang perlu makan!
Setiap orang juga ada selera mereka masing-masing dan keinginan tersendiri dalam makanan yang membolehkan anda ke arah yang lebih “niche” dalam menghasilkan produk makanan. Ini membolehkan anda ada peluang yang lebih cerah untuk berjaya dalam bisnes makanan. Sebelum anda membina bisnes, anda boleh mulakan dengan mengetahui cara mula berniaga makanan dari rumah.
Di sini kami ingin kongsikan 5 Tips Utama untuk Berjaya dalam Bisnes Makanan:
1. Fokus Pada Produk Dan Pastikan Ia Sesuatu Yang Ringkas
Mulakan dari dapur anda sendiri dan sediakan makanan dalam kuantiti kecil dahulu dan berikan ia sebagai “tester” kepada saudara-mara atau kenalan terdekat dengan anda. Antara produk makanan yang boleh disediakan dengan cara yang mudah adalah sandwich.
Produk adalah segala-galanya oleh itu luangkan masa yang sesingkat boleh dalam perkara yang lain seperti penjenamaan, pembungkusan dan sebagainya.
Bukan lah ia tidak penting tetapi untuk permulaan ia bukanlah keutamaan bisnes makanan anda. Dan bila anda baru bermula anda tak perlu dapur komersil mahal atau mesin dan alat profesional.
Harus diingat, anda perlu dapatkan pendapat umum adakah produk anda memenuhi permintaan orang ramai.
2. Mula Menjual Makanan Secepat Mungkin Dan Sentiasa Dapatkan Tindak Balas Dari Pelanggan
Satu-satunya cara yang terbaik untuk menilai penerimaan bisnes makanan adalah dengan menjual. Mulakan dengan menjual pada rakan, rakan sekerja, jiran tetangga anda.
Mereka adalah yang terbaik dalam merasai produk anda. Sebaik sahaja anda merasakan anda telah menyediakan makanan yang betul-betul disukai orang ramai, anda boleh mula menjual produk anda kepada orang lain yang tidak semestinya di kalangan mereka yang anda kenali.
3. “Taksub” Dalam Mengumpul Data
Data adalah petunjuk utama dalam bisnes makanan anda. Ia penting dalam membuat keputusan yang tepat. Minta semua orang yang telah mencuba produk anda alamat emel ataupun no telefon mereka untuk whatsapp.
Kemudian buat kaji selidik yang mudah (contoh Menggunakan Google Forms atau Typeform) dan hantar kepada semua orang yang telah mencuba produk anda, itu satu-satunya cara anda dapat memastikan anda dapat meningkatkan produk anda dengan mendapatkan maklum balas mereka.
Petua tambahan: Biasanya orang yang “savvy” dalam teknologi lebih mahir dalam mengumpul data. Oleh itu jika anda mempunyai rakan yang sebegitu, boleh minta bantuan dia untuk membantu anda.
4. Sentiasa Kaji Maklum Balas Yang Diterima Dan Sentiasa Bersedia Untuk Berimprovasi Dalam Bisnes Makanan Anda
Sentiasa berfikiran “tidak ambil hati” dan bersifat terbuka dalam melalui proses ini. Saya faham bisnes makanan anda adalah seperti “anak sendiri” yang anda besarkan tetapi untuk berjaya dalam bidang ini, anda perlu membangunkan produk yang orang suka dan (yang lebih penting ) ingin terus-menerus membeli dari anda.
Sebaik sahaja anda mengeluarkan versi baharu produk makanan, hantarkan / berikan kepada semua pelanggan anda dan minta lebih banyak maklum balas. Anda perlu bersedia untuk ‘kehilangan wang untuk menghasilkan wang’.
Lihat proses ini sebagai satu pelaburan anda untuk mendapat jualan yang lebih tinggi lagi. Anda boleh mula menghantar sampel, menghadiri majlis perhimpunan usahawan-usahawan dan gunakan setiap kesempatan yang anda ada untuk bercerita tentang produk dan bisnes anda.
5. Kejayaan = Menjual + Membina Pengikut Anda Sendiri
Memulakan jualan seawal yang boleh adalah sangat penting. Sedia Maklum, kebanyakan usahawan bisnes makanan merasa lebih selesa di dapur sendiri tetapi tanpa mendapatkan jualan mereka tidak dapat terus menghasilkan produk mereka, bukan?
Anda adalah orang yang terbaik untuk menjual produk makanan anda sendiri kerana tiada yang tahu resipi, bahan-bahan yang anda gunakan di dalamnya, dan sebagainya, lebih baik daripada diri anda sendiri.
Tiada istilah terlalu awal untuk memulakan membina komuniti anda, jadi lakukan perkara berikut:
1. Kumpulkan butiran untuk semua penguji anda atau sesiapa sahaja yang dapat mencuba produk anda.
2. Buka halaman Facebook / Twitter / Instagram untuk perniagaan anda dan gunakannya untuk menunjukkan perkembangan anda.
- Tumpukan kepada membina komuniti anda dan memupuknya setiap hari dengan konten (cth. Gambar-gambar terkini produk bisnes makanan anda, testimoni dari rakan-rakan, artikel dengan tren terkini industri anda, temubual dengan pengusaha bisnes makanan kegemaran anda). Anda akan terkejut tentang bagaimana orang akan mula aktif dan mula memulakan hubungan dengan bisnes makanan apabila anda memberi mereka konten yang segar di media sosial setiap hari.
Tak ada idea nak jual makanan apa? Dapatkan idea masakan untuk jualan di sini >> 8 Contoh Makanan Yang Anda Patut Pandai Masak
Bisnes makanan memang penuh dengan cabaran tetapi bila kejayaan dapat dikecapi ia sangat manis. Anda perlu tekankan kepada satu deria manusia yang paling penting iaitu – RASA.
Dan kemudian melakukannya secara konsisten, selama-lamanya, walau apa pun yang terjadi. Walaupun selepas rasa dan niche anda telah temukan dengan betul, akan ada banyak rintangan untuk anda harungi.
Anda akan mengatasinya dengan semangat yang jitu, fokus dan ketekunan yang tidak berbelah bagi. Ia bukan perkara yang mudah, tetapi dengan mengikut peraturan ini akan membuat perjalanan anda ke arah kejayaan sedikit lebih mudah dari biasa.