Mana Lebih Baik : Wanita Bekerjaya vs Suri Rumah

Facebook
Twitter
WhatsApp

Mana Lebih Baik : Wanita Bekerjaya vs Suri Rumah

 

Wanita bekerjaya atau Suri Rumah? Kerja-kerja rumah atau beban kerja di pejabat? Majlis makan-makan di rumah atau mesyuarat di pejabat? Menantu sepenuh masa di rumah atau menantu bekerjaya?

 

Ia bagaikan permainan tarik tali antara dua kategori wanita ini. Cara masyarakat telah mewujudkan sempadan tertentu di antara 2 kategori wanita ini bagaikan menghalangnya melakukan aktiviti tertentu dan membentuk persepsi bagi wanita-wanita yang merupakan suri rumah tangga dan mereka yang bekerja.

 

Siapa wanita hari ini? Adakah kita suri rumah, wanita kerjaya atau kedua-duanya sekali? Sebagai wanita, kita sangat bekerja keras untuk membuktikan pada diri kita dapat melakukannya dan melakukannya dengan sempurna. Ramai di antara kita merasakan bahawa kita perlu membuktikan bahawa kita boleh melakukan pelbagai kerja dalam satu masa dan menyahut sebarang cabaran.

 

Suatu ketika dahulu, wanita menjaga rumah dan anak-anak. Objektif utama hari mereka adalah bahawa menjadikan rumah mereka bersih dan rapi, anak-anak mereka telah dijaga dengan baik dan makanan yang dimasak di rumah dihidangkan di atas meja untuk keluarga untuk makan malam.

 

 

Wanita selalu berada dalam tekanan untuk mencapai pelbagai kejayaan dan menjadi lebih berjaya di tempat kerja. Jika anda mencampurkan masa ibu bekerjaya rata-rata menggunakan masa mereka untuk kerjaya yang diberbayar dan tugasnya di rumah, ia berjumlah 98 jam seminggu. Ia bersamaan dengan dua jawatan sepenuh masa. Pada masa lalu, suami adalah pencari nafkah dan isteri adalah ibu rumah tangga. Wanita kini berkongsi peranan pencari nafkah dan sementara di rumah mereka masih dibebankan dengan kerja rumah.

 

Ramai wanita gembira meneruskan kerjaya pilihan mereka. Ada juga wanita lain yang berkerjaya hanya kerana kekangan kewangan. Mereka terus bekerja kerana keluarga mereka memerlukan wang untuk keterusan hidup. Tidak semua wanita ini mempunyai pekerjaan yang glamour. Mereka pergi bekerja setiap hari untuk keberlangsungan hidup keluarga. Kemudian mereka pulang ke rumah dan masih melakukan semua tugas rumah tangga yang juga dilakukan oleh suri rumah tradisional. Mereka memasak, mereka membersih, mereka melakukan cucian dan mereka menjaga perihal anak-anak mereka.

 

 

 

 

Masih ramai yang lain memilih jalan yang lebih tradisional sebagai seorang suri rumah. Mereka berhenti kerja apabila melahirkan anak, kadang-kadang memilih untuk bekerja separuh masa. Selain itu, terdapat peratusan kecil yang masih memilih untuk tinggal di rumah dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

 

 

Perlu ada keseimbangan bersama suami di rumah supaya wanita tidak terlalu kepenatan dari bekerja dua pekerjaan sepenuh masa. Menjadi seorang wanita di dunia hari ini bukanlah tugas yang mudah. Tidak kira apa jalan yang mereka ikuti, semua wanita ini mempunyai pekerjaan sepenuh masa dan mungkin lebih.

 

Tekanan untuk berjaya di tempat kerja sangat besar. Tekanan untuk berjaya sebagai ibu bapa adakalanya lebih menakutkan. Tekanan untuk membuktikan kepada diri kita sendiri dan masyarakat bahawa kita memang boleh melakukannya semuanya boleh menjadi bebanan yang keterlaluan. Kita semua seolah-olah berjuang untuk mencari keseimbangan kerja dan kehidupan keluarga yang ideal.

 

 

Ramai wanita bernasib baik kerana mempunyai suami yang membantu di rumah, tetapi bagi mereka yang tidak, sudah tiba masanya untuk bersuara dan menyedari bahawa ia adalah baik untuk meminta bantuan. Ia tidak menjadikan anda “ibu yang gagal” untuk mendapat pertolongan. Ia sebenarnya menjadikan anda seorang ibu yang lebih baik kerana anda boleh melibatkan diri dalam perihal rumah tanpa kesukaran dan keletihan.

 

Jadi, siapa yang lebih baik, wanita zaman dahulu atau wanita hari ini? Siapa yang lebih baik, wanita yang bekerja atau suri rumah sepenuh masa? Secara jujur, terdapat kebaikan dan keburukan kepada setiap pilihan, sebab itu tidak ada “satu ukuran yang sesuai dengan semua” jawapan, terutama bagi wanita yang tidak mempunyai pilihan dalam hal ini. Dalam masyarakat hari ini, anda adalah suri rumah, wanita bekerjaya, atau kedua-duanya. Itu sahaja.

 

 

[Mohon Share 🙂] Klik butang di bawah supaya kawan yang lain pun boleh baca artikel ini.

Facebook
Twitter
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *