Resepi Nasi Hujan Panas

Facebook
Twitter
WhatsApp

Resepi Nasi Hujan Panas

 

 

Bahan-Bahan:

3 cawan beras basmati (cuci bersih, toskan dan tak perlu rendam)
3 cawan air
1 cawan susu cair
4 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 cm halia (kisar)
Rempah 4 sekawan (Bunga lawang, cengkih, pelaga dan kulit kayu manis)
2 sudu besar Mentega
2 sudu besar Minyak
Pewarna makanan merah, hijau dan kuning
Garam dan serbuk perasa
2 Helai Daun Pandan diikat
Hirisan daun bawang & bawang goreng.


Cara-cara :

 

  1. Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan, daun pandan dan juga bahan-bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan mentega pula selepas itu.
  2. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  3. Masukkan air (ikut sukatan yang sama dengan beras).
  4. Masukkan beras dan susu cair dan gaul sebati.Biarkan nasi masak seperti biasa dalam periuk nasi.
  5. Bila nasi mulai kering dan titiskan pewarna merah, kuning dan hijau (ikut citarasa).
  6. Tutup semula periuk dan tunggu sampai nasi masak.
  7. Bila nasi sudah masak, gembur-gemburkan dan taburkan daun bawang/daun sup dan bawang goreng.

 

Selamat mencuba!

 

[Mohon Share 🙂] Klik butang di bawah supaya kawan yang lain pun boleh baca artikel ini.

Facebook
Twitter
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *