Resepi Agar-Agar Santan
Bahan-bahan :
1 paket agar2 tali 25g
5 cawan air (800ml)
1 1/4 cwn gula pasir
Secubit garam
1 cawan santan sederhana pekat
1 cawan pati pandan (kisar 7-8 helai daun pandan dengan 1 cawan air. Tapis dan ambil 1 cawan sahaja)
Pewarna hijau
1 biji telur (2 biji jika nak lapisan telur tebal
Cara-caranya :
- Santan dan garam dan telur di kocak dan ketepikan.
- Masak agar2 dgn air hingga hancur, masukkan gula dan kacau biar larut
- Bila mendidih masukkan santan tadi.
- Kacau hingga betul-betul mendidih (macam dah nak berwap) terus tutup api.
- Tuang dalam loyang dan sejukkan bawah kipas.
- Bila bahagian atas agar-agar agak beku masukkan dalam peti sejuk bahagian bawah.
Selamat mencuba!