Resepi Ikan Bakar Portugis

Facebook
Twitter
WhatsApp

Resepi Ikan Bakar Portugis

 

 

Bahan-Bahan (dikisar) :

Cili Kering 15 tangkai (rebus biar lembut)
Cili Merah Besar 2 tangkai
4 biji Bawang Besar
3 ulas Bwg Putih
1 inchi Halia
Kunyit Hidup (besar ibu jari)

 

2 ekor ikan dikelar untuk cepat masak ( ikan pari, kembung dan apa-apa yang sesuai untuk dibakar)
3 batang bendi
8 biji petai
Daun pisang
*Ikan sebaik-baiknya dilumur dengan sedikit bacuhan tepung gandum untuk hilangkan hanyir. Selepas dicuci bersih, gaulkan dengan sedikit garam & serbuk kunyit

 

Cara Cara :

 

  1. Kisar semua bahan untuk dikisar di atas
  2. Selepas dikisar, tumis dengan minyak sampai cili masak
  3. Perasakan dengan garam dan gula (jangan terlalu manis)
  4. Kemudian kecutkan ikan dengan bahan-bahan tumis
  5. Bila sudah separuh masuk terus angkat
  6. Masukkan bendi dan petai. Tunggu sampai masak kemudian angkat
  7. Last sekali bakar dalam daun pisang(pastikan daun pisang tu lebar untuk elakkan cili tumis terkeluar). Jangan lupa sumbat sekali lebihan cili tumis ke dalam ikan.
  8. Agak-agak bila dah garing sedikit boleh angkat dan hias dengan bendi dan petai tadi. Bila nak makan baru perah limau kasturi.

 

Selamat Mencuba!

 

[Mohon Share 🙂] Klik butang di bawah supaya kawan yang lain pun boleh baca artikel ini.

Facebook
Twitter
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *